Refleksi Future Learning

Refleksi Future Learning
11.0      Experience
Pada pandangan saya,ini  merupakan kali pertama saya mempelajari sesuatu dengan menggunakan aplikasi ‘Future Learning’. Pada awalnya, saya menjangkakan aplikasi ini dan cara pembelajaran yang akan dipelajari agak membosankan. Walau bagaimanapun, pembelajaran secara online ini begitu menyeronokkan. Hal ini kerana saya seperti menghadiri kelas mingguan. Apabila saya mengetahui aplikasi ‘Future Learning’ dan kelas dikendalikan oleh tenaga pelajar daripad luar negara, saya akui agak risau kerana saya tidak fasih menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya. Namun, terdapat sari kata yang disediakan memudahkan saya untuk memahami sedikit demi sedikit apa yang hendak disampaikan oleh tenaga pengajar. Saya berasa gembira dan sering berasa teruja untuk mengetahui topik-topik selanjutnya. Disebabkan saya mengajar dan waktu bekerja saya adalah 8.00pagi sehingga 5.00 petang, saya terpaksa memberikan masa yang sedkit untuk menghadiri kelas online. Kesannya, saya perlu menghabiskan 2 atau 3 topik dalam sehari bagi memastikan saya tidak ketinggalan di belakang. Walau bagaimanapun, pembelajaran melalui ‘Future Learn’ sangat mmembantu dan sangat menyeronokkan.
2.0 Kekuatan
2.1  Mudah diakses
Aplikasi Future Learning ini mudah diakses dengan menggunakan telefon bimbit, tab, komputer mahupun lattop. Hal ini menunjukkan bahawa aplikasi ini mudah untuk diakses dimana-mana sahaja yang mempunyai rangkaian internet.

2.2  Penggunaan Bahasa dan Contoh yang Jelas
Bahasa Inggeris yang digunakan agak mudah difahami dan disebut dengan jelas, malahan dengan bantuan sari kata yang diberikan sangat membantu pelajar untuk memahami isi pembelajaran yang disampaikan. Bukan itu sahaja, Future Learning memberikan contoh-contoh yang mudah difahami dan diaplikasikan di dalam kelas.
2.3  Menggalakan Peserta untuk Berinteraksi
 Aplikasi Future Learning menggalkan peserta untuk berinteraksi dengan peserta-peserta lain yang mempunyai pelbagai budaya dan latar belakang yang berbeza. Melalui interaksi ini, peserta dapat bertukar-tukar idea dan pendapat serta berkongsi ilmu dan pengalaman. Bukan sahaja berinteraksi bersama peserta, tetapi boleh juga berinteraksi dengan tenaga pengajar untuk menyatakan pendapat dan bertanyakan soalan.
3.0 Kelemahan

Kelemahan dalam menggunakan aplikasi ini ialah aplikasi ini memerlukan rangkaian internet untuk diakses. Hal ini menyukarkan perserta untuk mengakses aplikasi ini sekiranya peserta berada diluar kawasan dan tiada rangkaian internet disediakan. Selain itu, apabila peserta menjawab kuiz yang disediakan, aplikasi Future Learning tidak menunjukkan sebarang tanda yang menandakan jwapan peserta tersebut betul ataupun salah. 

Comments

Popular posts from this blog

Teaching Philosophy

Introduce My Self