Posts

Showing posts from November, 2017

Teaching Philosophy

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." Berdasarkan falsafah kebangsaan diatas, falsafah pendidikan saya adalah memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang efektif kepada pelajar. Bukan itu sahaja, memberi bimbingan kerjaya disamping memberi motivasi kepada pelajar dari aspek personal dan sosial. Sebagai seorang kaunselor, saya mendorong pelajar-pelajar saya untuk berfikiran secara kritis dalam menyusun hala tuju pelajar disamping membentuk kendiri pelajar untuk be